CIRI-CIRI LELAKI AKAN MANDUL.

*_Ciri-ciri mandul pada lelaki_*
Mengetahui kesuburan lelaki sama pentingnya dengan mengetahui kesuburan pasangan wanitanya dalam menentukan sebab-sebab kesulitan memiliki anak. Ujian kesuburan lelaki biasanya dilakukan melalui analisis air mani untuk mengetahui jumlah, kualiti, gerakan, dan ciri-ciri lain dari sperma yang dihasilkan lelaki. Menurut WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia), ciri dan kriteria kesuburan seorang lelaki boleh dilihat dari aspek sperma yang dia keluarkan. Menurut WHO, berikut Ciri-ciri sperma yang tidak baik secara makroskopis:

1. Tidak mempunyai isipadu sekitar 2-5 mililiter.
2. Tidak berbau khas.
3. Tidak cair dalam masa kurang daripada satu jam jika di luar organ-organ pembiakan wanita.
4. Tidak berwarna putih keruh dan tidak kental.
5. Setiap mililiter sperma tidak berjumlah kira-kira 20-40 juta dengan 30 peratus diantaranya berbentuk normal.
6. Pergerakkannya tidak baik.
7. Ciri-ciri mandul yang terakhir adalah adanya pergumpalan (dua spermatozoa yang melekat). Jika ciri-ciri tersebut anda miliki, maka akan terjadi beberapa kelainan pada sperma yang dihasilkan, seperti oligozoospermia (jumlah spermatozoa yang dihasilkan kurang dari 15 juta), astenozoospermia (gerakan spermatozoa tidak normal), teratozoospermia (jumlah spermatozoa yang normal jauh di bawah 30 peratus ), azoospermia (sperma yang dikeluarkan hanya berupa cecair), dan aspermia (tidak ada sperma yang dikeluarkan).


Penyebab kemandulan seorang lelaki itu terbahagi menjadi dua. Pertama adalah faktor genetik. Lelaki dengan kromosom yang berjumlah 47 jenis XXY tidak akan menghasilkan sperma. Sedangkan lelaki dengan jumlah kromosom 46 jenis XX, proses pembuatan spermanya akan terganggu.
Penyebab yang kedua adalah faktor dari luar yang boleh didapati dari penyakit, seperti varicoceles atau hernia.

Penyakit tersebut boleh berpotensi menyumbat saluran sperma. Selain itu, radiasi juga boleh menurunkan kesuburan lelaki, bahkan menyebabkan kemandulan. Kemandulan juga seringkali disebabkan oleh penyakit berjangkit pada kelamin, seperti gonorea dan chlamydia. Kedua-dua penyakit ini pada awalnya mungkin tak menunjukkan gejala. Gejala baru timbul setelah terjadinya keradangan pinggul atau salpingitis. Untuk itu, anda dianjurkan untuk menjalani perilaku hubungan intim yang selamat guna mengurangkan risiko kemandulan di masa yang akan datang.